Suami nekad naik motor iring isteri dalam perjalanan, risau bini naik bas sorang ke KL

Suami nekad naik motor iring isteri dalam perjalanan, risau bini naik bas sorang ke KL. Dalam perkahwinan suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap pasangan mereka dan rumah tangga. Begitu juga dengan suami yang melakukan pelbagai kerja untuk memastikan tanggungjawab kepada keluarga dapat dipenuhi.

Bukan itu sahaja, seorang suami juga perlu memastikan isteri dan ahli keluarganya sentiasa berada dalam keadaan selamat, apatah lagi ketika si isteri tengah sarat hamil.

Begitulah perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita yang menceritakan pengorbanan seorang suami yang sanggup bersusah payah asalkan orang yang dicintai sentiasa terhindar daripada bahaya.

Menerusi akaun tiktok @sitinuraishah, wanita berkenaan bercerita tindakan suaminya yang nekad menunggang motosikal untuk menemaninya yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas.

Menerusi video tersebut, ketika itu dapat dilihat suasana sekitar yang berada dalam keadaan redup dan permukaan jalan yang agak licin, dipercayai kerana hujan.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bertanya mengapa pasangan suami isteri itu tidak menunggang motosikal berkenaan bersama-sama.

Dalam komen balasnya, Siti Nuraishah berkata ketika itu dirinya sedang sarat hamil dengan usia kandungan lapan bulan. Disebabkan khuatir perkara yang tidak diingini berlaku, suaminya meminta dia menaiki bas dan mengambil keputusan mengiringi perjalanan tersebut dengan motosikal.

Dia ketika itu perlu ke Kuala Lumpur untuk menyertai kursus selama enam hari disana. Disebabkan suaminya merupakan seorang raider penghantar makanan, adalah lebih baik dia menemaninya dengan motorsikal berbanding menaiki bas bersama-sama.

Jadi, suaminya berpendapat masa enam hari yang ada ketika menemaninya di Kuala Lumpur boleh dimanfaatkan untuk mengambil pesanan di ibu kota tersebut.

@sitinuraishah_98 tq encik suami..teman pergi KL,walaupun kita pergi berasingan…awk naik motor sy naik bas #kadang² kita xnmpk pergorbanan seorang suami tq sbb gagah diri utk teman mak buyung ni pergi khusus dekat KL @alongzombie #fyp ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Video tersebut telah membuat para netizen terharu dengan pengorbanan suaminya dengan memberi komen-komen yang positif dan ada yang berkongsi pernah melalui pengalaman sepertinya. Video itu turut mendapat tontonan sebanyak 447 Ribu dan 24 tanda suka.

Antara komen yang ditinggalkan adalah memuji sikap bertanggunjawab si suami dan kegigihannya mencari rezeki apabila tidak melepaskan peluang yang ada sambil menemani isterinya berkursus.

Semoga pasangan ini sentiasan dalam perlindungan Tuhan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Murid datang sekolah pakai seluar koyak buat cikgu nak menangis – ‘miskin sangat ni’

TMJ kongsi kisah cinta dengan Che Puan Khaleeda, “dia tak tahu saya anak raja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *