Bila sebut tentang makanan, orang Islam haruslah mengambil berat tentang halal dan haram
Tambahan pula jika kita berasa was-was sekiranya makanan di restoran itu tiada tanda halal walaupun ramai orang Muslim pernah makan di situ.
Seeloknya kita bertanya dulu sebelum singgah ke sesebuah restoran tersebut. Kalau termakan daging babi, kita yang susah nanti.
Malangnya, insiden yang terjadi kepada gadis ini semasa di sebuah lokasi festival makanan telah meraih perhatian ramai gara-gara dia termakan daging babi.
@gtnihehe Yaallah siapa yg salah.. #fyp ♬ suara asli – cintaulamadanhabaib – nasehatulamadanhabaib
Rasa tak sedap hati masa suapan kedua, tapi teruskan makan sebab perut lapar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gtnihehe, kelihatan gadis itu dan teman lelakinya sedang menikmati hidangan di sebuah warung dan memesan mi goreng kicap.
Namun, sebaik saja suapan keduanya, dia mula curiga dengan topping daging merah yang mempunyai rasa yang pelik.
Disebabkan terlalu lapar, dia tetap menghabiskan makanannya itu. Sebaik saja dia bertanya kepada tukang masak, rupa-rupanya daging itu adalah sosej yang diperbuat daripada daging babi.
Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya. Mereka juga pelik kenapa gadis itu tidak bertanya sama ada makanan di warung itu halal atau haram.
Anak Najib samakan bapanya dengan Nelson Mendela, peguam ni bagi paku buah keras