Surat minta cepatkan kes Zahid ditarik balik. Timbalan pendakwa raya (TPR) dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi menarik balik surat memohon hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah untuk mengutamakan kes mahkamah presiden Umno itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Azmi Malik Ayob, yang juga anggota pasukan pendakwaan dalam kes Zahid, berkata perkara ini kini dianggap tamat susulan penarikan balik surat itu.
“Oleh itu, tiada permohonan sedemikian di mahkamah. Mari kita teruskan kes ini,” katanya kepada mahkamah.
Sequerah berkata, tiada orang boleh menentukan kes apa yang perlu diberikan keutamaan dalam mahkamah ini.
Dalam surat itu, Malik berkata, beliau diarahkan untuk meminta Sequerah mengutamakan perbicaraan rasuah Zahid berbanding perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri, Najib Razak, yang turut dipengerusikan hakim itu.
“Permintaan ini dibuat bagi memastikan perbicaraan kes (Zahid) yang di peringkat pembelanaan boleh diselesaikan secepat mungkin,” menurut surat itu.