Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof tidak lupa berbudi kepada tanah dengan mengusahakan ladang durian Musang King.
Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, pengarah berusia 38 tahun itu berkongsi video ketika melawat ke kawasan ladang tersebut sambil merakam persekitaran yang dipenuhi pokok tanaman.
@syamsulyusoffilm melawat ladang..mudah mudahan allah izin.#musangking #fyp ♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm
“Melawat ladang.. mudah-mudahan Allah izin,” tulis pengarah filem Mat Kilau itu tanpa mendedahkan maklumat lanjut mengenai ladang yang diusahakan.
Rakaman berdurasi 29 saat itu menerima 765,000 tontonan dan lebih 1,500 komen netizen yang rata-rata memuji usaha Syamsul ‘bercucuk tanam’ sebagai pelaburan untuk masa depan.
Selain itu, terdapat juga segelintir individu mendoakan anak kepada penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam itu supaya terus meraih kejayaan serta dimurahkan rezeki.
Baru angkat dari kedai, Lamborghini RM1.47 juta dah remuk teruk
Gaji basic cleaner di Singapura cecah RM10K sebulan tak termasuk elaun lain
Kisah hidup Anwar bakal difilemkan, Farid Kamil dan Acha Septriasa jadi pelakon