Syarat terkini 2022 untuk buka stesen minyak sendiri

Syarat terkini 2022 untuk buka stesen minyak sendiri.

Ramai yang terkesan dan sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat dibebani dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Hinggakan menteri sendiri pun turut menyarankan rakyatnya agar menanam sayur dan menternak haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri.

Untuk menambah pendapatan sampingan, didapati ramai yang mengambil keputusan untuk berniaga kecil-kecilan termasuk menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan secara sambilan.

Bagi mereka yang mampu serta benar-benar serius ingin menceburi bidang perniagaan dengan mengendalikan operasi stesen minyak sendiri, seorang pengguna Facebook, ZaYed Zulfikli telah berkongsi informasi berikut melalui satu hantarannya.

Maklumat yang dikongsikannya ini walau bagaimanapun hanyalah secara umum dan ringkas sahaja. Anda boleh hubungi syarikat pengendali stesen minyak yang terlibat untuk maklumat lebih lanjut.

Selamat maju jaya!

Stesen Minyak

 

Operasi Stesen Minyak

Kepada yang bercita-cita nak buka stesen minyak, aku nak share sedikit maklumat yang aku ada lah.

Operasi stesen minyak ni ada dua jenis:

  1. CODO – Company Own Dealer Operate
  2. DODO – Dealer Own Dealer Operate

CODO membawa maksud site stesen minyak dimiliki oleh syarikat pengendali minyak sama ada PETRONAS, SHELL, PETRONM, CALTEX, BHP. Dari segi set up stesen minyak semua dah dibuat oleh syarikat minyak.

Semua harga minyak di stesen minyak adalah regulated, ditentukan oleh kerajaan. Turun naik semua ditentukan oleh kerajaan. Jadi, margin keuntunganlah yang menetapkan margin keuntungan jualan minyak.

Syarat untuk apply CODO (bergantung kepada syarikat pengendali) kena ada bank guarantee atau capital (cash) sekurang-kurangnya 150k ke atas dan working capital sekurang-kurangnya 350k ke atas.

DODO pulak mempunyai maksud site stesen minyak dimiliki oleh dealer. Kalau orang yang berminat nak bukak stesen minyak, dia ada tanah yang luas, kawasan yang strategik, dia boleh memohon kepada syarikat berkenaan untuk membuka stesen minyak di situ.

Pendapatan secara am bila buka stesen minyak ini, datang dari beberapa sumber:

  1. Jualan Petrol & Diesel
  2. Jualan runcit – seperti Mesra, Select, deli2go dan sebagainya
  3. Jualan produk berkaitan minyak seperti lubricant
  4. Produk-produk dan servis berkaitan – barangan SME lain seperti kerepek, nasi lemak dan sebagainya.
  5. Sewa tapak (real estate)

Dari segi income DODO, kalau ada tanah luas, kawasan yang strategik, laluan trafik yang sibuk; bolehlah menyediakan tapak untuk venturing partner untuk bukak business seperti francais KFC, Burger King, Starbucks, car wash, bengkel kereta dan sebagainya. So, adalah business sewa kat sini. Kalau CODO, company la dapat income sewa dari penyewa. Mostly, CODO ni di bandar-bandar besar especially Lembah Klang lah.

Sudah tentu kos setup untuk DODO lebih tinggi berbanding CODO, DODO kena ada banyak modal berbanding CODO yang sebahagian capital expenditure sudah dikeluarkan oleh syarikat.

Operasi stesen minyak bukan boleh suka-suka cara nak operasi, ia mesti lah mematuhi guidelines yang ditetapkan oleh syarikat pengendali sama ada dari sudut keselamatan, susun atur barangan, surau, tandas, daily KPI dashboard, cara berkomunikasi dan sebagainya.

Barang-barang dalam stesen minyak bukanlah boleh sesuka hati disusun. Contohnya, bahagian air, gula-gula, roti etc, ada seksyen atau tempat diletak. Ada reason kenapa ada susun atur barang yang kemas dan lokasi tertentu. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang membeli secara tidak sedar (impulsive buying). Asal masuk stesen minyak nak beli air mineral, bila masuk kedai keluar beli segala mak nenek. Niat nak spend RM10, terbelanja RM1000. Itu ada teknik psikologi sikitlah.

Pengendali syarikat minyak ini akan datang buat visit tengok dealer buat tak, atau patuh ke tidak kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Tak cukup dengan itu, syarikat juga akan mengupah mystery shopper yang dealer pun tak tahu, datang untuk berurusan semua benda. Pembeli misteri ini akan buat observation dan akan melaporkanlah.

Lagi satu, kerana RON95 adalah bersubsidi, maka dealer kena tanggung dulu subsidi. Kemudian, baru dia orang buat tuntutan subsidi kepada kerajaan (kalau tak silap akulah, tak tahulah keadaan sekarang macam mana).

So, yang bercita-cita nak ada stesen minyak, bukan semata-mata kau bagi duit ala-ala silent investorpas tu suruh orang runIt doesn’t work that way. Kau sendiri heavily active menguruskan syarikat minyak. Jadi ada prasyarat dia lah untuk mengendalikan stesen minyak ini. At least ada degree. Kena ada management skills, nak uruskan pekerja lagi. Jadi, adalah training nak kena attend.

PETRONAS setakat ini, membekukan permohonan menjadi dealer. Kalau dah bukak, tak sure.

BACA :

“Lama dah saya tak tidur, tak mimpi..” – Ustaz Kazim

Orang ramai persoal Jovian sertai lawatan PM ke Jepun

Kekayaan Adi Putra didakwa lebih RM23 Juta walaupun jarang berlakon, ini rupanya pekerjaan sebenar pelakon itu

Leave a Reply

Your email address will not be published.