Tak guna punya Atuk! Sanggup rogol cucu sendiri umur 10 tahun selepas lama tak merasa

Tak guna punya Atuk! Sanggup rogol cucu sendiri umur 10 tahun selepas lama tak merasa.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol datuknya sendiri sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak itu selepas datuknya yang berusia 71 tahun ditahan di rumah mereka, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan, berkata perbuatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian dirogol suspek kepada gurunya.

“Selepas itu, guru terbabit memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa yang berusia 35 tahun. Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak Januari lalu dan kali terakhir pada September,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kumbat berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya.

 

BACA:

Leave a Reply

Your email address will not be published.