Tak sangka harga kek cawan ini tahap bangsawan punya kek, boleh beli gelang emas

Tak sangka harga kek cawan ini tahap bangsawan punya kek, boleh beli gelang emas

Tak sangka harga kek cawan ini tahap bangsawan punya kek, boleh beli gelang emas.Satu bakeri di Toronto, Kanada telah berjaya menjual sebiji kek cawan pada harga RM 2, 864.70, menjadikan ia kek cawan termahal di dunia.
Kek cawan itu ditempah oleh seorang pelanggan untuk sambutan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke 40.

Walaupun bersaiz kecil, pencuci mulut gourmet itu dipenuhi bahan mewah termasuk beer artisan dan serbuk berlian. Hidangan mahal itu turut menggunakan garam laut dari Carmargue di Perancis, kacang vanila Tahiti dan serbuk koko Valhrona.

Aising coklat yang melengkapkan kek cawan itu dibuat dari mentega yang dihasilkan khas di Normandi, dicampurkan dengan 70% coklat Itali iaitu Amedei dan diperisakan dengan Jamaican Blue Mountain Coffee, antara kopi terbaik di dunia.

Kek cawan itu diletakkan dalam cawan buatan tangan yang boleh dimakan, dihias dengan mutiara yang boleh dimakan, serta ditabur dengan serbuk emas 24 karat. Ia juga dihias dengan dahan emas lengkap dengan daun, bunga emas, dan gula berlian yang semuanya boleh dimakan.
Bagaimana dengan anda. Sanggup bayar sebanyak itu untuk kek cawan? Ah, kami tau apa pendapat anda. Baik beli handphone baru, ya tak?

Tragis kerana anak Sindrome Down, ibu sanggup buang bayi berusia 13 hari

Hanya ada sepasang telekung lusuh untuk solat, kisah gadis ini buat orang ramai menangis

Pengantin dikritik kenakan cas RM500 kepada tetamu hadir kenduri kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *