Tanam 100 pokok ganja, individu berpengaruh bergelar ‘Datuk’ dicekup

Tanam 100 pokok ganja, individu berpengaruh bergelar ‘Datuk’ dicekup.

Polis dilaporkan telah menahan seorang warga emas berpangkat ‘datuk’ selepas disyaki menanam hampir 100 batang pokok ganja di sekeliling kediamannya.

Menurut laporan Harian Metro hari ini yang memetik sumber, lelaki itu yang merupakan bekas diplomat itu di kediamannya di Janda Baik, Pahang kelmarin dan kini direman sehingga 28 Mei ini.

“Difahamkan polis bertindak menahan lelaki warga emas terbabit sebelum menemui deretan beberapa batas tanah yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja.

“Turut ditemui deretan pokok ganja yang di tanam di sekeliling kediaman itu. Pemeriksaan lanjut polis menemui bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan,” kata sumber itu seperti dipetik.

Serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sekitar jam 6 petang kelmarin, katanya.

Katanya, penahanan dibuat menerusi operasi Ops Tapis hasil usaha pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Sumber itu berkata lagi, siasatan masih dibuat berhubung bagaimana suspek mendapat benih ganja dan tujuan ia ditanam dengan jumlah yang banyak.

Ia merupakan rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara memandangkan sebelum ini kebanyakan kes hanya melibatkan pokok yang ditanam di dalam pasu.

Suspek yang pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, menurut laporan itu lagi.

BACA:

Bekas isteri kahwin dengan Najib, akhirnya Fauzi Marzuki buka mulut

Tular video anak bujang pendakwah terkenal cium bibir wanita, “bapa selalu masuk TV”

Identiti wanita didakwa isteri baru Najib terbongkar, “anak kami sekolah yang sama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *