Tarian Singa tahun baru cina rupanya ciptaan dari Malaysia, merebak sehingga ke negara luar

TARIAN SINGA CIPTAAN MALAYSIA

Tahukah anda, bahawa Tarian Singa yg kita nampak berlompat-lompat di atas tiang pada hari ini sebenarnya BUATAN MALAYSIA?

Bukan buatan China, Taiwan mahupun Hong Kong.

Ianya BUATAN MALAYSIA dan CIPTAAN MALAYSIA.

Kalau diikutkan tradisi, tarian singa dalam bentuk asalnya cuma berjalan-jalan di atas jalan raya dan bergoyang kepala dengan iringan gendang, simbal dan gong.

Kalau nak meriah sikit, tambah mercun. Tu je.

Sebab itu kalau tengok wayang Hong Kong yang lama-lama, memang takkan nampak singa melompat-lompat di atas tiang.
Yg ada cuma singa kat jalan raya, kat dalam dewan. Semuanya kat atas lantai.

Tetapi pada awal 1990an, orang Malaysia kat Muar, Johor telah mencipta tiang-tiang untuk dilompat-lompat oleh singa.

Kumpulan yang mencipta tiang-tiang Tarian Singa ini ialah Kumpulan Tarian Singa KSK (Kun Seng Keng).

Gambar 1 & 2: Tarian singa di Hong Kong dan Singapura pada 1980an
Gambar 3 & 4: Gambar singa melompat-lompat di atas tiang
Gambar 5: Genting World Lion Dance Competition 2018
Gambar 6: Tarian Singa dengan lampu LED

Ternyata, aksi singa melompat lebih menarik dan meriah. Maka masyarakat Tionghua di Singapura, Hong Kong, Taiwan, China, Indonesia dan sebagainya pun terikut-ikut dengan Tarian Singa ciptaan Malaysia yang melompat-lompat di atas tiang.

As time goes by, Tarian Singa pun menjadi semakin kompetitif sehingga somersault, backflip, pelbagai aksi akrobat dan sebagainya pun diserapkan.

Persaingan yang senget sebegini akhirnya melahirkan Kejohanan Tarian Singa bertaraf antarabangsa. Antara pertandingan yang paling terkenal ialah Genting World Lion Dance Competition.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, singa-singa yang muncul pada Tahun Baru Cina pun mula bercahaya setelah lampu LED dicipta.

Teknik rahsia bangsa cina boleh bina kekayaan di Malaysia, orang melayu wajib kena belajar

Senarai bunga paling mahal dalam dunia, cecah harga banglo semua

Sebak tengok angsa dan monyet dari kecil kawan rapat kini mati bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *