Tentera jumpa emas bernilai RM74 billion dalam kapal yang karam 300 tahun dahulu

Dipercayai karam sejak lebih 300 tahun dahulu, dua lagi bangkai kapal telah berjaya ditemui di luar pantai Cartagena, Colombia. Penemuan itu merupakan sesuatu yang sangat menarik dan menakjubkan, lebih-lebih lagi apabila kapal itu dikatakan mempunyai emas yang bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM74 bilion)!

Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez berkongsikan berita tersebut kepada umum dalamsatu pengumuman yang dibuat dan berkongsikan perkembangan mengenai penemuan imej baharu dan bangkai kapal berkenaan.

Tentera jumpa emas bernilai RM74 billion dalam kapal yang karam 300 tahun dahulu

Rakaman video terbaru mengenai serpihan bangkai kapal berkenaan juga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Colombia.

Rakaman itu diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia, menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

Tambah Ivan Duque lagi, mereka berhasrat membangunkan mekanisme pembiayaan mampan untuk meneroka bangkai kapal tersebut.

VIDEO:

Menurut Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez lagi, mereka berhasrat untuk mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah yang hilang dengan menggunakan teknologi dan cara yang sama.

BACA JUGA : 

Ini kronologi pembunuhan CEO Cradle Fund yang ramai tak tahu

Singapura cari Indonesia pula untuk import 4 juta ayam selepas Malaysia hadkan eksport

Penutup Majlis Tilawah Al-Quran berakhir dengan joget ‘cucuk langit’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *