Tergamak rogol adik sendiri umur 14 tahun, hakim mahkamah ‘sekolahkan’ lelaki dari Terengganu ini

Tergamak rogol adik sendiri umur 14 tahun, hakim mahkamah ‘sekolahkan’ lelaki dari Terengganu ini.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang lelaki kerana merogol adiknya.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku salah terhadap tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, Nooriah dalam penghakimannya berkata, tertuduh sebagai anak sulung sepatutnya menjadi contoh yang baik dan melindungi adik-adiknya.

“Kesalahan ini serius dan saya perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang supaya ia menjadi pengajaran bukan saja kepada tertuduh, tetapi masyarakat di luar sana,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adiknya yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di daerah ini, pada jam 11 malam Disember 2020.

Tertuduh mengulangi kesalahan sama pada Disember 2020 dan Januari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

BACA:

Indonesia umum syarat baru ambil pembantu rumahnya, wajib gaji RM7,000 ke atas sebulan

Pelakon terkenal dakwa kemaluan isteri sama dengan bau ikan masin

Suami ‘terkantoi’ buat hubungan dengan ibu mentua

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.