Terjawab sudah kenapa Anwar pilih pakai Camry, memang canggih teknologi kereta ini

Terjawab sudah kenapa Anwar pilih pakai Camry, memang canggih teknologi kereta ini

Terjawab sudah kenapa PM pilih pakai Camry, memang canggih teknologi kereta ini. Pelantikkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 telah mengubah lanskap tampuk pemerintahan negara, lebih-lebih lagi beliau cukup optimistis dalam menangani kos sara hidup yang membebani rakyat.

Salah satunya, beliau telah batalkan pembelian Mercedes S600 yang ditempah sebelum beliau memegang jawatan ketua negara dan menyatakan beliau cukup selesa menggunakan Toyota Camry sahaja.

Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu telah menarik perhatian reviewer kereta dari portal Paultan.org untuk berkongsi sebab-sebab kenapa Toyota Camry menjadi kenderaan rasminya untuk melakukan tugas-tugas harian.

Kereta pilihan perdanamenterike10, #Toyota Camry! Lagi mewah dari #MercedesBenz #SClass? #paultancars #paultan #carsoftiktok #cartok #malaysia #viral #trending #fyp #foryou #foryoupage @Toyota lasermotorgroupmalaysia

@paultancars Kereta pilihan #perdanamenterike10, #Toyota #Camry! Lagi mewah dari #MercedesBenz #SClass? #paultancars #paultan #carsoftiktok #cartok #malaysia #viral #trending #fyp #foryou #foryoupage @Toyota lasermotorgroupmalaysia ♬ original sound – Paul Tan's Automotive News

Menurut reviewer kereta itu, Toyota Camry mempunyai tempat duduk belakang yang luas. Sekaligus dapat memberikan keselesaan buat penumpang tempat duduk belakang. Pada masa sama kedudukan kerusi tempat duduk belakang boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian penumpang, seolah-olah sedang menaiki kapal terbang business class.

Dalam masa yang sama, terdapat panel kawalan di tengah-tengah tempat duduk belakang yang boleh digunakan untuk mengubah kedudukan kerusi belakang, kawalan radio serta suaranya, suhu penghawa dingin dan tutup-buka sun shade tingkap belakang.

Fungsi ‘Boss Seat’ sememangnya membuatkan kereta ini sesuai untuk dijadikan kereta harian bagi seseorang berpangkat besar. Ini kerana butang pada sisi tempat duduk penumpang hadapan kiri itu dapat memberikan bos di belakang mengawal ruang kaki yang lebih luas dan menyelesakan.

Tambah reviewer itu lagi, oleh kerana Toyota buatan Jepun, penghawa dinginnya lebih sejuk daripada kereta-kereta kontinental yang lain. Bila mana bos memakai blazer, sudah pasti kereta yang dinaikinya itu perlu membuatkan bos sentiasa berasa selesa sepanjang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Oleh kerana Toyota membangunkan kereta bagi pasaran besar-besaran, sudah pasti reliability kereta tersebut sangat baik. Jadi kereta tersebut tidak perlu belanja yang besar untuk servis dan baik pulih jika berlaku sebarang kerosakan.

Ada satu sebab tambahan turut ditambah oleh reviewer itu, oleh kerana kenderaan rasmi itu menggunakan ‘wang rakyat’, jadi perdana menteri perlulah mengambil kira setiap sen yang digunakannya.

Terdahulu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menanyakan kepada para pengamal media adakah Toyota Camry sesuai digunakan olehnya. Tambahnya lagi, beliau sempat batalkan tempahan Mercedes-Benz S600 yang dibuat oleh pihak kerajaan yang lalu.

Rakyat Malaysia ini jadi ‘Most Wanted’ di Indonesia kerana RM25 Juta

Anak Anwar ‘bocor’ makanan kegemaran PM-10, siap kongsi resipi lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *