Terkini – Annuar Musa bertanding guna parti baru lawan BN

Annuar Musa beri bayangan bertanding guna parti baru lawan BN

Annuar Musa dalam kenyataan di facebooknya harini beri bayangan akan bertanding guna parti baru yang ditubuhnya sendiri bersama rakan lain.

Parti yang diberi nama muafakat nasional itu nampaknys sudah didaftarkan dengan ROS. Berikut merupakan hantaranya di FB:-

Insyaallah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah.

Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu.Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu.

Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang.

Semalam, penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun menggunakan tiket parti lain.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya memikirkan isu (bertanding) atau tindakan lanjut selepas disahkan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon di parlimen berkenaan.

“Katalah saya tidak dipilih menjadi calon, saya tidak boleh mengamuk dan marah. Namun perjalanan politik saya masa itu saya akan duduk serta fikirkan kalau buat sekian-sekian apa jadi. Saya akan fikir dengan jiwa yang tenang tanpa terburu-buru.

MIC tetap langgar parlimen Batu, lawan MCA

Zahid akhirnya buka mulut sebab gugurkan Shahidan