Terkini : Chelsea pecat Tuchel

Chelsea pecat Tuchel selepas pengurus itu terus gagal membangkitkan Chelsea dalam beberapa perlawanan awal musim ini.

Tuchel yang beberapa tahun lalu membawa Chelsea menjuarai Liga Juara Juara Eropah kedua dalam sejarah kelab mereka.

Berdepan dengan prestasi tidak menentu sejak musim lalu, walaupun dia berjaya membawa Chelsea menamatkan saingan di 4 teratas.

Tekanan ketika sekatan ke atas Chelsea antara alasan yang menyukarkan Chelsea dalam melanjutkan kontrak pemain dan merancang untuk jual beli pemain.

Peralihan pemilikan daripada Roman Abramovich kepada konsortium yang diketuai Todd Boehly, membantu pengurus itu mendapatkan sokongan dana hampir £300 juta dalam jendela perpindahan yang lalu.

Tuchel mendapatkan beberapa pemain termasuk Marc Cucurella, Kalidou Koulibaly, Raheem Sterling, Wesley Fofana dan Pierre Emerick Aubameyang.

Chelsea menelan kekalahan ketiga musim ini dalam semua pertandingan. Di mana mereka dimalukan Dinamo Zagreb dari Croatia dalam aksi pembukaan UCL.

Chelsea pecat Tuchel

Dalam kenyataan rasmi kelab Chelsea menulis: “Mewakili semua pihak di Chelsea, kelab merakamkan rasa terima kasih ke atas Thomas dan staf beliau atas usaha mereka sepanjang bersam Cheslea.”

“Thomas akan mendapat tempat dalam sejarah Chelsea selepas kejayaan membantu kelab ini menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab sepanjang dia di sini.”

“Dengan pemilian baharu berusia 100 hari sejak pengambilalihan kelab, dan terus bekerja keras untuk memacu kelab ke hadapan, pemilik baharu merasakan ini adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan.”

“Staf kejurulatihan Chelsea yang sedia ada akan mengambil alih pasukan dan latihan serta persediaan untuk aksi seterusnya, dengan kelab akan mengambil langkah sebaiknya untuk melantik pengurus baharu.”

“Tiada komen selanjutnya daripada kelab sehingga pengurus baharu dilantik.”

Terkini : Pelitup muka tidak lagi wajib pakai di tempat tertutup

Dakwaan Najib tinggal dalam rumah pegawai penjara, akhirnya Jabatan Penjara bersuara

Leave a Reply

Your email address will not be published.