Cikgu Fadli hari ini disahkan tidak bersalah dan dibebaskan daripada semua tatatertib. Perkara ini disahkan oleh satu surat yang tular yang daripada lembaga tatatertib KPM.
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini berhubung isu Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sudah membuat keputusan dan akan memaklumkannya kepada guru terbabit.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata keputusan itu akan disampaikan kepada Mohd Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri
“Persidangan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung isu tersebut baru sahaja tamat dan esok urus setia akan sampaikan keputusan kepada cikgu (Mohd Fadli),” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program sukan ‘Touch’ di sini hari ini.
Semalam, cikgu Fadli berkata, “Tiada guna kekalkan kerjaya saya sebagai guru tetapi KPM (Kementerian Pendidikan) tidak berubah. Tak guna satu sen pun,”
Guru matematik itu berkata, bukan sahaja dirinya, malah semua guru serta pegawai pendidikan peringkat daerah dan negeri yang ikhlas bekerja mahukan KPM berubah dan sedia menerima teguran.
“Tak ada guna esok (hari ini) mesyuarat Lembaga Tatatertib kata tak kenakan tindakan apa-apa pada Cikgu Fadli. Tak ada apa-apa dan dia dianggap tidak bersalah.
“Teruskan bersuara tapi tak ada ubah apa-apa. Tak ada gunanya selamatkan kerjaya saya tanpa perubahan di peringkat KPPM (ketua pengarah pendidikan Malaysia).
“Satu sen tak ada guna. (Saya) nak jadi hero ke? Menteri tak ambil tindakan atas Cikgu Fadli, lepas itu (lantik) jadi ‘think tank’ untuk kementerian. Saya tak nak benda itu.”
Ahli Politik kena terkam, raba oleh sekumpulan wanita
Rupanya nilai haiwan ni bernilai RM4,000 sekilo, “kanak-kanak selalu buat main dekat luar”