Terkini: Laporan dedah KJ dah keluar Umno, akhirnya Khairy buka mulut

KJ nafi Najib akan dibawa ke IJN, "banduan perlu ke hospital kerajaan sahaja"

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menafikan beliau akan meninggalkan Umno susulan tular video bertajuk “KJ keluar Umno!! Sah, keputusan muktamad Khairy Jamaluddin” baru-baru ini.

Khairy yang juga menteri kesihatan berkata, beliau tidak gemar melayan laporan sensasi sedemikian, namun perlu menjelaskannya selepas ditanya pelbagai pihak.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno. Saya menang Ketua Pemuda Umno tapi tak dilantik (Jemaah Menteri) dan dipulau, tetap Umno.

“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap Umno. Kena cari kawasan baharu pun, tetap Umno. Jangan risau, dulu kini dan selamanya (Umno),” katanya dalam catatan di Instagram.

Bagaimanapun, laporan berbentuk video berdurasi 2 minit 7 saat pada 14 Sept itu langsung tidak menyentuh isu Khairy keluar Umno, sebaliknya berkenaan spekulasi kerusi Parlimen Rembau akan ditandingi Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Dalam laporan itu juga, Khairy dikatakan diberi dua kerusi Parlimen, iaitu Alor Setar dan Port Dickson, untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-15.

Khairy yang juga timbalan ketua bahagian Umno Rembau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2008.

Mercedes rempuh pam minyak petronas jadi kecoh, pemandu “ghaib” pula jadi persoalan

Langgar sikit je Range Rover, sekali lelaki tunjuk bil yang kena bayar, melopong semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published.