Terkini: Muktamar Pas lulus usul teruskan kerjasama dengan Umno

Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-68 bertema Malaysia Sejahtera pada Ahad melabuh tirai dengan meluluskan 13 usul termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat itu bertujuan mengembalikan kuasa parti-parti politik teras Melayu-Islam dalam pilihan raya berkenaan termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan situasi satu lawan satu pada PRU15.

Semasa sesi perbahasan usul itu di Kompleks Pas Kedah di sini, perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat, Roslan Md Isa berkata, Pas perlu menyatukan parti-parti politik teras Melayu supaya tidak terjadi perpecahan undi.

“Strategi satu lawan satu juga diperlukan bagi mengelak pertembungan parti politik teras Melayu Islam, kita juga menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan dan juga khemah besar,” katanya.

Ketika menyokong usul itu, perwakilan dari Taiping Mahjube Hanafi berkata, kepimpinan Pas perlu mengeluarkan surat jemputan kepada pemimpin tertinggi UMNO untuk mengadakan rundingan agar sasaran satu lawan satu pada PRU15 dapat direalisasikan.

Menyusul kemudian

Baca: Terkini: Najib dikejarkan ke hospital

Kecoh mangsa MH370 hidup lagi, siap ada bukti gambar, sekali anak pramugara jawab

Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi orang kampung faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *