Terkini: Najib kini di Cheras

Selepas Selangor, Pulau Pinang pula tarik gelaran 'Dato Seri' Najib

Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu susulan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan hingga kini.

“Datuk Seri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.

Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

Sejak beberapa hari lalu tersebar di media sosial dakwaan mengatakan layanan istimewa diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan nama ‘Kod Merpati’.

Dakwaan itu antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa dia ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lalu dan dikatakan menghadapi masalah ulser perut dan darah tinggi.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pula menerusi Twitter menyifatkan tulisan-tulisan Najib di Facebook tidak menggambarkan keadaan kesihatannya yang teruk.

Rafizi berkata, Najib kelihatan seperti mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada ‘Merpati’ di penjara.

“Najib tidak sepatutnya mempunyai interaksi dengan dunia luar. Bagaimana dia sampaikan mesej kepada pentadbir akaun Facebook, lebih-lebih lagi bagaimana dia tahu apa yang saya cakap semasa pelancaran jentera pilihan raya PKR pada Ahad lalu?,” soalnya.

Katanya, sekiranya benar Najib dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras, ia sekali gus mengukuhkan dakwaan di internet.

“Dan ini isu serius yang Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan perlu jawab,” katanya.

Majlis kebumi Ratu: Kecoh British beri layanan dua darjat, sumbat semua pemimpin dalam satu bas,tapi..

Cikgu ni dedah ramai gadis islam jual gambar bogel, ada akaun ‘dark side’ di Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.