Terkini : Penceramah bebas terkenal ditahan, rogol remaja umur 14 tahun

Terkini : Penceramah bebas terkenal ditahan, rogol remaja umur 14 tahun. Seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam Sabtu.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sasikala Devi berkata, sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor telah menahan suspek pada jam 4.50 petang.

“Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Baca :
Atlet MMA terkenal maut selepas kena tumbuk di kepala masa perlawanan

Tragis…Sekumpulan monyet campak bayi umur 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut

Leave a Reply

Your email address will not be published.