Terkini : Regu Badminton Malaysia ke final kejohanan dunia

Terkini : Regu Badminton Malaysia ke final kejohanan dunia

Terkini : Regu Badminton Malaysia ke final kejohanan dunia. Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sensasi apabila mara ke final Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, sebentar tadi selepas menewaskan wakil India,

Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 20-22, 21-18, 21-16.

Pada aksi final esok, Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan keenam kejohanan akan membuat perhitungan dengan wakil Indonesia yang juga pilihan ketiga, Mohamed Ahsan-Hendra Setiawan. Mereka sebelum itu menundukkan rakan senegara yang juga pilihan kelima, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-23, 12-21, 21-16.

Pada set pertama yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu, kedua-dua beregu saling bertukar mata sebelum kemenangan berpihak kepada gandingan India, 22-20.

Begitupun Aaron-Wooi Yik yang meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bangkit mendahului set kedua sebelum meraih kemenangan 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Terkini : Regu Badminton Malaysia ke final kejohanan dunia

Debaran terus dirasai pada set penentuan namun keazaman tinggi dipamerkan beregu negara membolehkan mereka meraih kemenangan 21-16 dalam pertembungan separuh akhir yang berlangsung selama 1 jam 17 minit itu.

Kemenangan itu juga menyaksikan, Aaron-Wooi Yik berjaya menamatkan badi terkandas di pusingan separuh akhir sekali gus menjadi pentas final kedua buat mereka bagi musim ini selepas Kejohanan Badminton Asia (BAC).

“Saya fikir pada set ketiga, ada sedikit gementar tetapi kami tetap memberi tumpuan dari satu mata ke satu mata dan sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain. Bagi saya, ini adalah kekuatan yang membolehkan kami meraih kemenangan hari ini,” kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik turut gembira dengan prestasi yang dipamerkan hari ini yang secara tidak langsung menamatkan badi kekalahan di separuh akhir.

“Perlawanan yang berbeza daripada sebelum ini. Namun ini adalah separuh akhir dan kami perlu memecahkan badi di separuh akhir (sebelum ini). Untuk hari ini, kami berjaya memberikan tumpuan pada diri kami dan tentunya saya gembira,” katanya.

Baca :

Tun Mahathir jawab dakwaan pengaruhi keputusan mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published.