TERKINI: Sultan Selangor tarik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran daripada Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Dalam kenyataan, Setiausaha Kerajaan Selangor Haris Kasim berkata penarikan balik itu berkuat kuasa 12 Sept.

Sebelum itu, Sultan telah bertitah, pengampunan diraja tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan harus mengikut lunas undang-undang dan prosedur, tegas Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata rakyat mesti faham proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas dan prosedur yang diperuntukkan bahawa Perlembagaan dan undang-undang berkaitan.

“Beta menzahirkan sokongan padu terhadap titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Sultan Sharafuddin mengikuti dengan rapat perkembangan isu berkaitan sistem pentadbiran keadilan negara kebelakangan ini, dan menyeru rakyat agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan hehakiman.

Terkini: Keadaan Najib makin teruk, akan ke Hospital Kajang

Ustazah Asma menangis ketika buat ‘live’ di Tiktok selepas dikecam bertubi-tubi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *