Tiket flight naik mencanak susah pengundi balik mengundi

Tiket flight naik mencanak susah pengundi balik mengundi

Tiket flight naik mencanak susah pengundi balik mengundi. Pelajar Sabah di Semenanjung yang ingin pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan dibimbangi terpaksa melupakan tanggungjawab berikutan tambang penerbangan yang mahal.

Perkara itu disuarakan Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah berdasarkan kadar semasa tambang ditawarkan syarikat penerbangan yang disifatkan mereka sebagai harga ‘Yahudi’.

Menerusi satu kenyataan bersama kedua-dua badan itu hari ini, Presiden MARSIS, Mohd Shahrul Izzat Basri dan Timbalan Pengerusi GAMIS Sabah, Mohd Faizal Kambah, berkata isu tambang menjadi kerisauan utama mahasiswa yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat pulang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mereka berkata, meskipun cuti pelepasan selama lima hari diberikan kepada pelajar untuk pulang supaya dapat mengundi pada PRU15, namun ia tidak memberi apa-apa makna jika ada pelajar tidak dapat pulang disebabkan tidak mampu membayar harga tambang penerbangan yang mahal.

“Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas satu inisiatif yang baik daripada kementerian untuk menggalakkan mahasiswa pulang mengundi pada PRU15.

“Namun, terdapat perkara yang mengecewakan mahasiswa khususnya kepada anak Sabah iaitu harga tiket penerbangan ke Sabah masih berada pada tingkat harga yang mahal dan bersifat harga ‘Yahudi’.

“Ini sebenarnya antara kerisauan kepada mahasiswa apabila mereka tidak dapat pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya.

Sebelum ini, KPT bersetuju supaya semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 hingga 21 November depan kepada mahasiswa untuk pulang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mohd Shahrul Izzat berkata, isu tiket penerbangan mahal ke Sabah bukanlah suatu perkara yang baharu tetapi sudah menjadi senario tahunan yang sering dibangkitkan berikutan belum ada jalan penyelesaian konkrit dan terancang diambil khususnya kerajaan Sabah.

“Sebelum ini MARSIS juga ada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini iaitu Harga Tiket Ke Borneo Mahal pada musim perayaan yang membebankan mahasiswa dan anak perantau untuk pulang menyambut Aidilfitri.

“Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan bersama KPT, Menteri Pengangkutan, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Ketua Menteri kerana bimbang kepada mahasiswa Sabah yang ada kesedaran mengundi tidak dapat pulang mengundi.

“Selain itu kebimbangan lain ialah objektif utama kementerian memberi cuti pelepasan lima hari tidak tercapai iaitu untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan pemerintahan negara dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sebagai pengundi,” katanya.

Katanya, MARSIS dan GAMIS sangat mengambil berat kebimbangan itu dan berharap ada persetujuan serta perbincangan yang berfokus bersama syarikat penerbangan khusus untuk menyelesaikan isu tiket penerbangan mahal.

“Ini bagi memastikan tanggungjawab sebagai pengundi dapat dilaksanakan oleh mahasiswa sekali gus mereka dapat memanfaatkan cuti pelepasan lima hari itu. Kita yakin mereka inilah pemimpin pelapis kepada kepemimpinan negeri dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Anwar kalahkan Mahathir dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh, Tokti pun ada

Gaji sebenar Syeikh Sudais, Imam Besar Masjidil Haram ini pasti buat anda terkejut

Isteri mengidam bau ‘Ex-boyfriend’, sekali dapat tahu bayi dikandung bukan anaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *