Timbalan Menteri dari PAS dikejarkan ke hospital

PAS gesa ahli buat solat hajat minta 'dibukakan hati' malam ini

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim dikejarkan ke hospital, selepas dikatakan terlalu kepenatan dan “mengah” ketika menyertai satu program mendaki sempena Hari Malaysia di Bukit Besar, pagi tadi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dipercayai mengalami masalah pernafasan, ketika sedang mendaki bukit setinggi 156m dari aras laut bersama lebih 400 peserta, pada program anjuran kawasan Parlimen itu dengan kerjasama pejabat Penerangan Kuala Terengganu.

Amzad dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas dan keadaan beliau kelihatan stabil sebelum diusung, namun tidak bermaya.

Difahamkan, keadaan beliau kini stabil dan masih berada di hospital untuk pemantauan, dan dijangka dibenarkan pulang petang nanti.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Saharrudin Mohamed yang turut hadir pada program itu berkata, sepatutnya, Amzad merasmikan program itu selepas mendaki bukit berkenaan, selain menyempurnakan cabutan bertuah untuk peserta terlibat.

“Bagaimanapun, dengan apa yang berlaku kepada Datuk (Amzad), kita terpaksa batalkan program perasmian ini dan meneruskan dengan acara cabutan bertuah sahaja,” katanya.

KJ nafi Najib akan dibawa ke IJN, “banduan perlu ke hospital kerajaan sahaja”

Leave a Reply

Your email address will not be published.