Tindakkan pemandu ini dipuji netizen, tak bagi muka dengan tukang ‘cop’ parking

Tindakkan pemandu ini dipuji netizen, tak bagi muka dengan tukang ‘cop’ parking. Seorang wanita dikecam orang ramai selepas video memperlihatkan tindakannya ‘cop’ tempat letak kereta tular menerusi media sosial.

Menurut rakaman yang dikongsikan pada Facebook DashCam Owners Malaysia, wanita itu berdiri di kotak tempat kenderaan yang kosong bagi menghalang kereta lain memasukinya.

Berdasarkan gerak-geri wanita itu, kelihatan dia menunjukkan ke arah kereta lain mahu meletakkan kenderaan di situ namun, akhirnya terpaksa mengalah.

Dalam pada itu, netizen turut memuji pemilik kenderaan yang tidak menghiraukan tindakan wanita tersebut serta terus meletakkan kereta di situ.

“Tindakan kamu itu betul. Elok ajar orang begini, nak ‘cop parking’, bayarlah kepada majlis. Baru berakal,” ujar seorang netizen.

“Bukankah ada akta kata ‘cop parking’ jadi kesalahan,” kata seorang lagi netizen.

BACA JUGA :

PM Israel umum tidak bertanding PRU

Terkini! Hari Raya Haji pada Ahad

Doktor saran guna 5 cara ini masak maggi untuk elak toksik

Leave a Reply

Your email address will not be published.