TMJ dedah sesuatu yang mengejutkan mengenai sistem bola sepak Malaysia. Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Dulu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju untuk melaksanakan Video Assistant Referee (VAR) di Malaysia.
Perkara itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu ciapannya di Twitter hari ini. Perlaksanaan VAR itu sudah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Baginda juga menzahirkan kegembiraan dan berkongsi keterujaan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat.
TMJ dalam pada itu juga berkongsi bahawa beberapa orang pengadil di Malaysia telahpun dihantar bagi menjalani siri latihan sebagai pengadil VAR. Ini bagi menambah ilmu pengadil-pengadil sebelum VAR ini digunakan sepenuhnya dalam perlawanan bola sepak di Malaysia.
FAM dan MFL sudah bersetuju untuk menggunakan VAR dalam masa terdekat. Beberapa pengadil Malaysia sudah dihantar menjalani latihan bagaimana menggunakan VAR. Boleh rujuk dgn President FAM. Tahniah semua. https://t.co/S6zgwUI1hG
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 7, 2023
Perlaksanaan VAR ini bakal beri kelebihan kepada ramai pihak sekaligus mampu meningkatkan mutu pengadilan di Malaysia.
“Saya dah tak ada duit nak makan..” – Pelajar tinggal nota meruntun jiwa
Jiran bergaduh siap utus surat, cari pemilik sebenar spender yang jatuh
Jep dedah ‘teknik’ boleh ngorat Sari Yanti, “nak jumpa ayah terus..”