TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion di Singapura

TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion di Singapura

TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion di Singapura. Penulis buku Crazy Rich Asian, Kevin Kwan mendapat inspirasi tempat tinggal keluarga Young daripada Istana Woodneuk di Singapura. Untuk pengetahuan semua, Istana Woodneuk kini hanyalah istana dua tingkat yang tidak berpenghuni di Taman Tyersall, berhampiran Singapore Botanic Garden.

Menurut catatan sejarah, istana ini mula dibangunkan tahun 1935 dan didaftarkan dibawah nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan TMJ pada ketika ini. Ini bermaksud Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah pemilik untuk salah satu hartanah termahal di Singapura.

Town & Country menyebut, istana ini pernah didiami oleh salah satu pasangan keluarga Kevin Kwan iaitu Margaret Kwan dan suaminya Dr. Hu Tsai Kwen. Pada ketika itu, istana ini merupakan salah satu hartanah paling mewah di Singapura.

Menurut laporan Bloomberg, istana ini kini bernilai anggaran $3.5 bilion (~RM14.26 bilion) jika dibangunkan dan dibaik pulih semula.

Istana RM14 Billlion di Singapura ini rupanya milik TMJ

Walau bagaimanapun, dalam laporan yang sama menyebut TMJ tidak akan mendapat sebarang pulangan dalam bentuk wang (tidak boleh dijual) kerana kawasan tersebut telah dilabelkan sebagai “green zone” yang menandakan kawasan tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.

Buat masa ini Istana Woodneuk mungkin dalam keadaan usang tetapi dengan populariti filem Crazy Rich Asians, istana ini mungkin akan kembali berseri di masa akan datang? Sama-sama kita tunggu. – TheVocket

Budak 10 tahun hadiahkan ibu cincin emas – “saya simpan RM4 sehari”

Murid datang sekolah pakai seluar koyak buat cikgu nak menangis – ‘miskin sangat ni’

Buah ajaib tumbuh di Gua Musang, boleh tukar rasa makanan pahit kepada manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *