TMJ ‘sound’ Safawi? – “Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin”

TMJ 'sound' Safawi? - "Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin"

TMJ ‘sound’ Shafawi? – “Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin”. PEMAIN sayap Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid akhirnya meninggalkan pasukan itu selepas menabur bakti bersama pasukan Selatan tanah air itu sejak 2017.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu pernah mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan selepas bergelar pemain terbaik tahunan sebanyak dua kali, iaitu pada 2018 dan 2019.

Namun, sejak perpindahan Safawi secara pinjaman ke kelab Portugal, Portimonense SC pada 2020, dia dilihat semakin kekok untuk membuktikan kemampuannya.

Sejak kepulangannya pada awal musim 2021, Safawi kerap dibelenggu isu kecederaan sehingga memaksa barisan kejurulatihan untuk menyisihkannya di bangku simpanan.

Dalam kempen Liga Super musim ini, penyerang itu hanya tampil dalam 13 daripada 22 aksi Liga Super dengan majoriti daripadanya merupakan kemunculan sebagai pemain simpanan.

Oleh itu, dalam mendapatkan semula rentak dan momentum, JDT dan Safawi bersetuju untuk mengambil haluan masing-masing dengan pemain tersebut sah menyertai kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC menerusi pinjaman.

Keputusan tersebut sepertinya memberi kelegaan kepada kedua-dua pihak dengan skuad Harimau Malaya mampu membawa masuk lebih ramai pemain sementara Safawi mampu meraih lebih banyak minit permainan.

Bagaimanapun, baru-baru ini, luahan kepada media daripada pemain berusia 25 tahun itu seakan-akan mengguris hati ramai pihak, termasuk penyokong dan badan pengurusan JDT.

Kata Safawi, tahun-tahun sumbangannya bersama pasukan itu sepertinya sudah berakhir dengan dia memberi gambaran bahawa dia akan berpisah selepas kepulangannya pada hujung 2023 supaya dapat memperolehi lebih banyak peluang di atas padang.

Hal itu jelas mendapat respons dengan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut berkenaan pantas memberi jawapan terhadap luahan tersebut menerusi satu kenyataan rasmi.

Pengarah Teknikal, Hector Bidoglio berkata, JDT merupakan kelab yang akan membuat penilaian terhadap pemain dengan melihat kepada komitmen dalam setiap persembahan.

Menenang kembali pada tahun 2020, kenyataan itu seakan-akan mengeruhkan keadaan kedua-dua pihak yang sebelum ini pernah terkesan akibat daripada hubungan luar padang antara Safawi dan isterinya, Syifa Melvin.

Perkara tersebut sebelum ini mencuri perhatian penggemar bola sepak tempatan, lebih-lebih lagi apabila pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim seakan-akan tidak merestui hubungan itu sehinggakan membuat hantaran ini di insta storynya 2 tahun lepas.

Hantaran di laman Instagram peribadi TMJ seakan-akan menegur hubungan antara Syifa dan Safawi pada dua tahun lepas.

Safawi bakal meninggalkan JDT selepas kempen Piala AFF untuk menyertai Ratchaburi FC secara pinjaman. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Berdasarkan satu hantaran di media sosial peribadi Baginda, prestasi penyerang sayap itu dikatakan semakin merosot sejak mejalinkan hubungan itu pada 2020.

Tidak cukup dengan itu, Syifa yang ketika itu masih berstatus teman wanita Safawi bertindak membalas perkara itu sehingga menyaksikan perbalahan dingin dengan pemain bertubuh kecil itu menjadi mangsa keadaan.

Namun, sekiranya diselusuri sejarah sejak penubuhan JDT, Safawi bukanlah satu-satunya pemain yang pernah ditegur TMJ berikutan isu persembahan dan tahap komitmen di atas padang. – sumber – https://majoriti.com.my/sukan/2022/12/08/selain-pawi-jauhi-chinggey-ini-4-lagi-pemain-pernah-kena-sound-pemilik-jdt

AC Mizal akui pernah makan tisu cicah kuah roti canai orang lain, ‘isteri tak tahu’

Tular video anak majikan cuba rogol orang gaji umur 19 tahun

TMJ miliki Buggati Chiron paling eksklusif di dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *