‘Tolong hentikan amalan habiskan Antibiotik, dah sihat stop je’ – Pakar perubatan

'Tolong hentikan amalan habisan Antibiotik, dah sihat stop je' - Pakar perubatan

‘Tolong hentikan amalan habiskan Antibiotik, dah sihat stop je’ – Pakar perubatan. Sekumpulan pakar penyakit di Britain mencadangkan supaya amalan menghabiskan antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca masalah peningkatan rintangan ubat.

Pasukan itu menerusi jurnal perubatan BMJ memaklumkan bahawa punca rintangan antibiotik adalah penggunaannya secara berlebihan berbanding menghentikan pengambilan terlalu awal.

“Kami menggalakkan penggubal dasar, pendidik dan doktor supaya berhenti menyuruh pesakit menghabiskan antibiotik.

“Sebaliknya mereka patut memaklumkan amalan menghabiskan antibiotik ini tidak berasaskan bukti dan sesuatu yang tidak betul,” kata pasukan itu yang diketuai pakar penyakit berjangkit, Martin Llewelyn dari Fakulti Perubatan Brighton dan Sussex.

Pasukan itu berpendapat kajian lanjut perlu untuk mencari kaedah alternatif, namun pesakit sepatutnya menghentikan rawatan apabila mereka merasa sihat.

-AFP

Top 5 duit syiling paling mahal dijual di Malaysia, ada yang cecah RM750,000!

Kelibat Dominic Toretto pakai jubah dilihat tengah beli ikan baung tepi jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *