Tragis kerana anak Sindrome Down, ibu sanggup buang bayi berusia 13 hari

Tragis kerana anak Sindrome Down ibu sanggup buang bayi berusia 13 hari

Tragis Kerana anak Sindrome Down ibu sanggup buang bayi berusia 13 hari. Bayi sememangnya anugerah yang tidak ternilai oleh harta mahu pun nyawa. Rata-rata pasangan yang berkahwin khususnya mengimpikan mendapat anak sendiri.

Namun lain pula bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Luca Trapanese ini.

Dia yang disifatkan seorang yang berhati mulia apabila sanggup menjadikan seorang bayi perempuan yang menghidap sindrom down sebagai anak angkatnya selepas dibuang oleh ibu kandung sendiri.

Luca Trapanese yang beasal dari Naples di Itali telah mengambil bayi yang bernama Alba sebagai anak angkat selepas dibuang ibu kandungnya selepas 13 hari dilahirkan dengan keadaan syndrome down.

Bayi perempuan malang bernama Alba itu juga turut ditolak sebagai pemohonan anak angkat oleh 12 keluarga yang lain selepas ditinggalkan oleh ibu kandungnya.

Menurut Luca selaku bapa angkatnya itu, dia mengatakan bahawa semasa bertemu dengan Alba, dia bagaikan sudah dapat merasai bahawa itulah anak perempuannya.

Luca yang diberi hak penjagaan penuh terhadap Alba pada Julai 2017 telah membuatkan kehidupan kanak-kanak istimewa itu kini berubah sepenunhya.

Kata-kata yang diberikan oleh Luca apabila mengambil keputusan untuk menjadikan Alba sebagai anak angkatnya:
“Sejak saya berusia 14 tahun saya sering melakukan kerja sukarelawan membantu orang kelainan upaya, jadi saya ada pengalaman dengan perkara ini.

“Bila saya pertama kali mendukungnya, saya amat gembira. Saya rasakan dialah anak perempuan saya.

“Ia adalah kali pertama saya memegang bayi. Sebelum ini saya sentiasa takut. Tetapi dengan Alba saya tahu saya sudah bersedia menjadi bapa,”

Lelaki ini kini berkongsi kisah membesarkan Alba seorang diri di Instagram milinya dan ternyata tindakan tersebut telah mendapat pujian ramai netizen lebih 130,000 pengikutnya di media sosial tersebut.

Pakcik jubah lusuh bayar RM1 Juta zakat kejutkan amil, jutawan rupanya

TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion di Singapura

Doktor tersalah potong kepala kemaluan, majlis khatan bertukar tragedi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *