Tragis…Sekumpulan monyet campak bayi umur 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut

Ngeri, bayi empat bulan maut dicampak monyet yang ‘mengepung’ ibu bapanya ketika sedang bersantai di teres rumah

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan didakwa telah dicampak hingga mati oleh sekumpulan monyet selepas ‘terlepas’ dari pelukan bapanya dalam kejadian di Kampung Dunka di Uttar Pradesh, India pada minggu lalu.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian ngeri itu bermula apabila bapa mangsa berdiri di teres rumah tiga tingkat bersama isterinya dan mangsa.

Ketika mereka sedang menikmati waktu terluang itu, sekumpulan monyet dipercayai telah memanjat ke atas bumbung dan ‘mengepung’ mereka.

Melihat keadaan itu, mereka cuba untuk melarikan diri dan bergegas ke arah tangga tetapi bapa mangsa dikatakan telah tersadung dan secara tidak sengaja melepaskan mangsa.

Sebelum sempat mencapai semula bayi itu, salah seekor monyet dipercayai telah memegang tangan bayi terbabit dan melemparkannya dari atas bumbung.

Difahamkan, ibu bapa mangsa berjaya masuk semula ke dalam rumah dan pergi ke tingkat bawah untuk membantu anak mereka.

Bagaimanapun bayi itu dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak berkuasa dipercayai telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat penglibatan monyet dalam insiden tersebut.

Menurut laporan, Uttar Pradesh menjadi ‘sarang’ kepada populasi besar monyet jenis rhesus, yang berkeliaran bebas di pekan dan bandar negeri itu.

Walaupun pada umumnya mereka boleh hidup dalam keadaan harmoni bersama manusia yang tinggal di situ, tetapi terdapat beberapa kes yang dilaporkan mengenai serangan haiwan itu, khususnya terhadap kanak-kanak.

Ini termasuk kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan telah terbunuh kerana diserang sekumpulan monyet di kampung Bichpuri pada Februari lalu.

Kanak-kanak itu dipercayai sedang bermain dengan rakan-rakannya berhampiran sungai Nakatiya sebelum diserang dan digigit di seluruh badan oleh kumpulan monyet tersebut.

Malah terdapat insiden monyet merampas kenderaan di Bareilly, termasuk satu laporan tentang seekor monyet mencuri dan merempuh bas.

baca :
Pembaca Berita terkenal dilapor hilang

Makin melampau! Lagi video hina islam, kali ini Yusof Azmi sendiri dedahkan voice note

Lelaki buat ‘sedekah jumaat’ beri rokok kepada jemaah masjid di Selangor tarik perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *