Tragis..Suami rebus isteri dalam kawah besar depan anak-anak
Seorang lelaki di Pakistan tergamak mencekik lalu merebus mayat isterinya dalam sebuah periuk kawah. Kejadian kejam itu disaksikan oleh anak-anaknya sendiri.
Menurut pihak polis Karachi, kejadian ngeri itu terbongkar apabila anak perempuan kepada pasangan terbabit melaporkan perbuatan bapanya kepada pihak polis. Suspek yang merupakan bekas penjaga bangunan sebuah sekolah swasta itu bertindak menekup muka isterinya dengan menggunakan bantal sebelum merebusnya di hadapan anak-anak.
Difahamkan, pihak polis menemui mayat wanita malang itu di sekolah tempat suspek bertugas dengan kakinya yang terputus dalam periuk kawah sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Siswazah Jinnah, Karachi untuk proses bedah siasat.
Lebih mengejutkan lagi apabila anak sulung pasangan itu mendedahkan bahawa suspek pernah mendesak ibunya untuk menjalinkan hubungan terlarang, namun ditolak oleh mangsa.
Dalam pada itu, pihak polis juga memperoleh bahan bukti daripada sebuah klip video yang memaparkan lelaki berkenaan kelihatan seperti sedang membawa mayat mangsa yang sudah dibungkus dengan plastik di atas pengusung.
Suspek potong kaki mangsa
Pegawai polis Abdur Rahim Sherazi mengatakan bahawa suspek yang merupakan bapa kepada enam orang anak itu telah melarikan diri bersama tiga anaknya.
Tiga anaknya yang ditinggalkan kini selamat bersama pihak polis. Tetapi mereka masih berada dalam keadaan terkejut dan trauma akibat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka.
Sementara itu, pegawai polus Mobina, Saleem Awan mengatakan bahawa lelaki berkenaan bertindak memotong kaki mangsa selepas bergelut untuk memasukkannya ke dalam air yang sudah mendidih.
Kami ada dua nombor telefon bimbitnya tapi dia telah mematikan kedua-duanya. Pihak kami sedang mengesannya dan akan menangkapnya secepat mungkin.
BACA:
Bekas peguam negara wakili Jho Low runding dengan kerajaan
Sempat lagi doktor ni masukkan kemaluannya dalam mulut pesakit masa pembedahan…
Penduduk Kuantan gempar ada kalimah Allah pada daging!