Tukang buat Keranda jadi jutawan selepas Batu Materoid jatuh atas bumbung rumah

Tukang buat Keranda jadi jutawan selepas Batu Materoid jatuh atas bumbung rumah

Seorang tukang keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas satu bongkah batu didakwa meteorit jatuh menembusi bumbung rumahnya

Menerusi sumber, lelaki yang dikenali sebagai Josua Hutagalung ketika itu sedang berada di dalam rumahnya semasa kejadian tersebut berlaku.

Batu meteorit itu dipercayai terhempas di atas bumbung rumahnya sebelum ia menembusi dan jatuh ke dalam bahagian rumah.

Batu meteorit yang terhebat pernah ditemukan

Josua memberitahu ketika itu dia sedang bertukang dan menyiapkan tempahan keranda di depan rumah.

Dia kemudian terdengar bunyi hentakan kuat yang turut menggegarkan rumahnya seperti bagai ada sebuah pokok yang tumbang.

Tambahnya, pada awalnya batu itu agak panas untuk dialihkan namun, dia dan isteri menggunakan cangkul untuk mengangkatnya.

Setelah diperiksa oleh pakar, batu tersebut dipercayai berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.

Ditawarkan wang oleh pengumpul sehingga RM7.6 juta

Jelas Josua, dia sudah menjual batu seberat 2.2 kilogram itu kepada seorang pegumpul setelah ditawarkan wang berjumlah kira-kira RM7.6 juta.

Dia juga berhasrat untuk membina sebuah gereja di kampungnya menggunakan duit tersebut.

Sementara itu, pembeli batu berkenaan yang juga pakar batu angkasa Jared Collins memberitahu dia terdorong untuk membeli batu tersebut, untuk bekerjasama dengan saintis dan pengumpul di AS.

Collins kemudiannya membawa batu angkasa itu ke AS dan ia dibeli oleh seorang pengumpul dan batu itu kini ditempatkan di dalam kotak penyimpanan cecair nitrogen di Pusat Pengajian Meteor Universiti Kebangsaan Arizona.

Bertahun-tahun guna duit Ringgit Malaysia baru tahu fungsi garis ini

Makcik ini dedah rahsia jual Nasi Lemak 4 pagi habis licin setiap hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *