Tular video DDNK naik kapal layar mewah dengan isteri baru, natizen kata makin manja

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.

Selepas hampir dua minggu mendirikan rumah tangga, pasangan itu kini sedang berbulan madu. Menerusi video dimuat naik DDNK, dia dan isteri berbulan madu di sebuah kapal layar.

Memang cukup romantis pasangan pengantin baru ini. Malah, DDNK turut meraikan bulan madu mereka dengan memberikan kek yang ditulis ‘happy honeymoon’ dan sejambak bunga ros buat isteri tercinta.

“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya.

@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk ♬ Penghujung Cinta – Pasha

Perkongsian DDNK itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkesima dengan sifat manja Ernie serta mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka dan mendoakan rumah tangga mereka bahagia.

Terdahulu, timbul dakwaan tak sedap didengar mengenai isteri DDNK yang dikenali sebagai Ernie didakwa menjadi punca perceraian pakar saham itu dengan isteri pertamanya dikenali sebagai Hasmawatie.

Pesawat hilang lebih 37 tahun tiba-tiba mendarat di airport kejutkan dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.