Tular video lelaki sedang curi motor tetapi tertinggal anak pula

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan aksi seorang bapa tertinggal anak ketika sedang curi motosikal di bahu jalan, lapor Suara.com.

Menerusi video yang dikongsikan oleh terang_media di platform Instagram memaparkan aksi lelaki berkenaan meninggalkan anaknya sewaktu membawa lari motosikal.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Permatang Siantar, Sumatera Utara.

Berdasarkan klip video tersebut, pencuri terbabit pada ketika itu sedang berjalan bersama anak perempuannya di bahu jalan sebelum bertindak mencuri motosikal yang terletak di bawah sebuah pokok.

Bagaimanapun, anaknya yang belum sempat berbuat apa-apa hanya melihat sahaja bapanya bertindak memecut laju menaiki motosikal curi itu.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya berlari masuk ke salah sebuah rumah penduduk di tempat kejadian sebelum disoal siasat.

Menurut saksi, kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan itu merupakan anak kepada lelaki berkenaan dan rumah mereka hanya terletak 200 meter dari lokasi kejadian, lapor terang_media.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai pemilik motosikal itu cuba mengejar pencuri terbabit selepas melihat kenderaannya dibawa lari namun gagal.

“Kesian anaknya,” kata warganet menerusi suara.com.

Kejadian itu telah menarik perhatian netizen setelah melihat anak tersebut ditinggalkan oleh bapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.