Tular video wanita tudung labuh terajang perogol, sikit lagi…

Tular video wanita tudung labuh terajang perogol,sikit lagi

Tular video wanita tudung labuh terajang perogol, sikit lagi. Seorang wanita bertudung labuh tidak dapat menahan sabar dan bertindak terajang seorang lelaki yang ditangkap kerana memecah masuk sebuah rumah dan cuba mencabul seorang wanita.

Aksi ini berlaku di Desa Sampali, Percut Seituan, Indonesia pada Jumaat dan suspek turut dipukul berjemaah beberapa penduduk kampung yang lain ketika ditahan.

Tindakan wanita bertudung labuh itu bersama penduduk kampung yang lain juga sempat dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Percut Seituan, Ambat Albar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang.

“Suspek sebelum itu masuk ke dalam rumah mangsa dan mengambil dua buah telefon bimbit.

“Ketika kejadian juga, suspek sempat membuka seluar dan menunjukkan alat kemaluannya di depan mangsa.

“Bagaimanapun, kejadian itu berjaya disedari penduduk kampung yang lain sebelum suspek ditangkap dan pukul,” katanya.

Tambah Ambat, suspek kini sudah ditahan untuk disoal siasat

Bajet 2023: 10 perkara penting ini wajib anda tahu, nombor 6 paling best!

Wanita tunjuk perangai sebenar bos Mydin, “ni kalau video ni tersebar..”