Tun Mahathir dikejarkan ke IJN selepas positif covid-19, ini keadaan semasa

PAS kini jadi parti kafir, kata Tun M

Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disahkan positif Covid-19 hari ini.

Dalam kenyataan, pejabatnya berkata, bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu akan berada bawah pemantauan selama beberapa hari, atas nasihat pasukan perubatan.

Pada 16 Dis 2021, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan pulang pada 23 Dis lalu, selepas menjalani “satu siri siasatan perubatan”.

Pada 7 Jan lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.

Pengerusi Pejuang itu dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN pada 22 Jan lalu dan dibenarkan pulang pada 4 Feb.

baca:

Azalina Othman letak jawatan penasihat khas PM

Altantuya kembali ‘hantui’ selepas Najib dipenjara, keputusan mahkamah bulan hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *