Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bergurau memaklumkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi orang pertama yang ‘demam’ sekiranya beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mendoakan kesihatan Dr Mahathir yang mengingati pemimpin itu pernah menjadi sekutu PH.
“Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan ‘demam’ kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.
“Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” katanya secara berseloroh ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu Anwar berkata, selama ini beliau sudah banyak bersabar dengan bekas Perdana Menteri itu namun Dr Mahathir dilihat terus mencampuri urusannya.
“Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO).
“Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?
“Saya telah banyak bersabar dengan beliau (Dr Mahathir) tetapi sekarang beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong PH kerana kita bekerjasama dengan Zahid,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar di hadapan ribuan penyokongnya menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengadakan sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.
Tegasnya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah berbentuk fitnah semata-mata.
“Yang start ( mula ) kata kita runding dengan Zahid dengan UMNO ni, Muhyiddin dengan Ustaz Hadi yang Ustaz Hadi dengan serban dan jubah fitnah orang.
“Sepatutnya Ustaz Hadi menjaga adab dan akhlak selaras dengan imejnya sebagai seorang ulama yang beliau tidak sepatutnya berkelakuan seumpama itu,” katanya.
Peniaga ‘legend’ ini kongsi cara buat sambal Nasi Lemak sedap sampai orang ketagih
Gaji Hakim di Malaysia yang ramai tak sangka, siap ada 19 ‘elaun’