UAI beri amaran, “Haram solat jenazah untuk orang yang hina islam!”

UAI beri amaran, “Haram solat jenazah untuk orang yang hisna islam!”. Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu ceramah baru-baru ini memberitahu bahawa jenazah individu menghina agama Islam adalah haram untuk disembahyangkan.

Ujarnya lagi, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa individu terbabit telah diisytiharkan sebagai kafir murtad meskipun dia mengaku bahawa agamanya adalah agama Islam.

Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar mengatakan bahawa orang munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. Malah orang Islam yang maki dan hina Islam, hina al-Quran serta hina nabi secara jelasnya adalah kafir dan jatuh murtad.

Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik. Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah.

Baca : Sekejap je cikgu pergi tandas, kereta dah menjunam dalam longkang

Kecoh! Lelaki nekad beli tanah dan bina tembok ‘Block’ halaman jiran, geram jiran tutup jalan masuk

Kerajaan benarkan produk ganja – KJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *