Ucapan Ahli Parlimen Australia dalam bahasa melayu buat seluruh dewan terkejut

Ucapan Ahli Parlimen Australia dalam bahasa melayu buat seluruh dewan terkejut

Ucapan Ahli Parlimen Australia dalam bahasa melayu buat seluruh dewan terkejut. Seorang Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sim Lim memberikan penghormatan kepada bahasa Melayu apabila memilih untuk berucap dalam bahasa itu ketika membuat ucapan sulungnya di sidang Parlimen negara itu semalam.

Sebelum berucap, Sam yang berusia 61 tahun meminta keizinan daripada dewan bagi memberi peluang kepadanya berucap dalam bahasa Melayu dan Mandarin – dua bahasa yang dikuasainya semasa di tanah air.

Rakaman video Sam berucap dikongsi Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts di laman Twitter beliau.

Dalam ucapannya itu, Sam mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang menyokongnya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

“Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua,” kata Sam.

Beliau yang mewakili Parti Buruh dilantik sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

Selain Sam, seorang lagi wakil rakyat kelahiran Malaysia, Penny Wong dipertaruhkan oleh Parti Buruh dalam pilihan raya umum Australia pada Mei lalu,

Berdasarkan hantaran yang dibuat Watts di Twitter, beliau turut berkongsi sejarah latar belakang Sam.

Sam yang dilahirkan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor pada 1961 berasal dari sebuah keluarga susah dan beliau melalui kehidupan yang sempit semasa zaman kanak-kanaknya.

Ibu dan ayah Sam merupakan penoreh getah dan pendapatan yang diraih mereka sangat kecil.

Pada 1980, Sam menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu kerjaya yang sangat diminatinya sejak kecil, namun, kerjaya itu hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Selepas mengakhiri kerjaya sebagai anggota polis di Malaysia, Sam pernah bekerja sebagai pelatih ikan lumba-lumba yang disifatkan beliau kerjaya paling istimewa pernah dilakukannya dalam hidup.

Penghijrahannya ke Australia juga memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai pegawai polis di Australia Barat sebelum melibatkan diri dalam kerjaya politik.

‘Ditendang’ dari Rembau, KJ bertanding di Tampin

Kini Rolls-Royce Sultan Brunei jadi kereta paling mahal dunia, kalahkan Ratu Elizabeth

Muktamar: Bersatu tak kuat, perlukan UMNO untuk menang, kata Perwakilan PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.