UMNO Tenggara berkumpul desak namakan Adham Baba atau malapetaka besar melanda

UMNO Tenggara berkumpul desak namakan Adham Baba atau malapetaka besar melanda

UMNO Tenggara berkumpul desak namakan Adham Baba atau malapetaka besar melanda. Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menurut Timbalan Pengarah BN Tenggara, Nasaruddin Ahmad, pihaknya berpendapat Dr Adham merupakan satu-satunya calon tunggal yang layak untuk bertanding di kawasan itu.

“Kami di pihak BN Tenggara sebulat suara untuk hanya bawa satu nama (Dr Adham) dan kami mengharapkan pihak pucuk pimpinan BN dan UMNO untuk melihat perkara ini.

“Kami bawa suara di Tenggara dan ini bukan atas dasar untuk lobi tak tentu pasal kerana beliau memang selayaknya untuk jadi wakil rakyat di Tenggara,” katanya ketika sidang media di Pejabat BN Bahagian Tenggara pada Selasa.

Dalam pada itu, Nasaruddin turut menzahirkan kebimbangan sekiranya terdapat calon lain yang bakal dinamakan untuk bertanding di kawasan itu.
Ini termasuk aspek untuk mendapatkan kemenangan BN di kawasan itu yang sebelum ini dipertahankan Dr Adham selama dua penggal.

“Saya bimbang pengumuman yang akan dibuat malam ini sekiranya tiada nama Dr Adham ia mungkin akan ada malapetaka lebih besar di Tenggara,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, wujud desas desus mengatakan bahawa kemungkinan nama Dr Adham tidak lagi bertanding di bawah kerusi Tenggara.

Kepimpinan BN dijadual mengumumkan barisan calon parti itu yang bakal bertanding pada PRU15 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam ini.

Parlimen Ketereh: Annuar Musa beri bayangan akan tanding tiket PN

Parlimen Ketereh: Ketua Puteri Umno ganti Annuar Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *