Ustaz Kazim akhirnya dedah perkara sebenar selepas dihentam orang ramai tipu penyakitnya

Berikut merupakan tulisan Ustaz Kazim selepas gambarnya ada penyakit misteri tular tapi dikatoikan oleh jurusolek yang buat kesan khas kepada kulit Ustaz Kazim.

“Terima kasih atas ribuan yg komen.”

Selama ni sy simpan keadaan diri sy tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama 8 bulan ni sy rs sy x boleh lg sembunyi dr orang ramai.

Ini keadaan muka sy skrg dan selama ini sy sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak.Bukan hanya di muka malah seluruh badan.Ianya boleh terjadi luka dgn sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena2.

Sy x boleh siarkan keadaan yg lain kerana sy malu, sy rasa rendah diri sangat2.

Sbb itu sy siarkan lengan petang tadi sbg kiasan pd badan sy.

Sy rs sy perlukan pertolongan utk sesiapa baik doktor atau drp perubtan alternatif utk merawat sy.

Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan sy selama ini tak boleh lg sy sorok.Sy tidak boleh tido seharian sejak berbulan yg lepas.
Sy bimbang dgn keadaan sy ini akan menghilangkan sy dr dunia dakwah sy.

Walaupun sakit tetapi tetap sy terima semua jemputan ceramah dan pgrm. Kadang2 sy masuk dan keluar dr tempat ceramah dgn tergesa2 kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yg ditanggung.Walau kadang2 dilabel sombong kerana x beramah mesra dgn pendengar spt dulu2 ttp tetap sy tabahkan hati sbb sy tau org ramai tidak tahu keadaan sebenar sy.

Terima kasih pd yg menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kpd sy.Sy dah berusaha berubat di banyak tempat tp belum diberi keizinan oleh Allah.

Mgkin ada di kalangan tuan/puan yg boleh membantu sy maka dgn itu sy siarkan gambar lengan effect khas itu sbg kiasan.

Sy jgk memohon maaf jika selama ini perkataan dan tgkah laku sy mengguris hati anda.

DUKE.

Leave a Reply

Your email address will not be published.