Ustaz Kazim Elias bakal calon BN di Larut?

Ustaz Kazim Elias bakal calon BN di Larut?

Ustaz Kazim Elias bakal calon BN di Larut?. Siapa yang tidak kenal Ustaz Kazim Elias? Pendakwah terkenal yang selalu keluar di saluran televisyen dan corong radio.

Hari ini tular satu gambar di media sosial sesi fotografi Ustaz Kazim Elias (UKE) bergambar dengan baju BN dan kad Larut.

Menurut sumber, UKE bakal dicalonkan di Larut dengan menggunakan tiket parti Barisan nasional.

Sebelum ini pun, UKE dilihat rapat dengan pemimpin BN terutamanya Najib Razak.

Ustaz Kazim berkata beliau hadir pada sesi sumpah mubahalah Datuk Seri Najib Razak di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu sekadar memenuhi undangan Najib selaku kawan.

Mohd Kazim berkata, hubungannya dengan Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sebagai kawan serta kenalan sementara ibu kepada Najib, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah juga dianggap beliau mempunyai hubungan baik dengannya.

Mohd Kazim bahkan berkata, selain Najib, beliau turut mempunyai hubungan baik dengan beberapa lagi tokoh politik termasuk Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; selain pemimpin di barisan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Maszlee Malik.

“Takkanlah pemergian saya ke masjid itu terus dikira berunsur politik (kepartian) sedangkan sebagai seorang kawan kepada Najib, saya rasa tiada salahnya kalau saya berjumpa dengannya untuk berziarah.

Sah! Nik Abduh dan Che Lah bakal tanding atas tiket BN

UMNO Tenggara berkumpul desak namakan Adham Baba atau malapetaka besar melanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *