Ustazah Asma menangis ketika buat ‘live’ di Tiktok selepas dikecam bertubi-tubi

Ustazah Asma menangis ketika buat 'live' selepas dikecam bertubi-tubi

Ustazah Asma menangis ketika buat ‘live’ selepas dikecam bertubi-tubi. Setiap kali ada apa-apa isu yang berbangkit terutamanya berkait dengan agama dalam industri dunia hiburan, nama Ustazah Asma Harun memang sudah tidak asing lagi dalam berikan teguran bermanfaat.

Malah baru-baru ini, pendakwah bebas tersebut sempat bertemu dengan penyanyi, Ifa Raziah untuk minta maaf jika ada kata-katanya mengguris hati.

“Kalau hadir mana-mana majlis ilmu, kalian akan tahu sikap saya kepada jemaah”

Seperti biasa semalam, Ustazah Asma sempat melakukan sesi live di TikTok untuk menyampaikan ceramahnya.

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan sempat juga menyelitkan ceritanya baru-baru ini apabila dikecam hebat gara-gara sekeping foto bersama anak orang kenamaan.

Sedangkan waktu itu, aksi bergambar tersebut hanyalah sekadar merakamkan memori.

Semoga ustazah terus tabah hadapi ujian dunia akhir zaman

Dek kerana kecaman yang diterima bertubi-tubi, Ustazah Asma jelas tidak dapat menahan tangisannya.

Malah dia dilihat berkali-kali mengesat air matanya menggunakan tisu dan cuba untuk kawal rasa sebak untuk teruskan bercerita.

@juesinar

semoga ustzah trus tabah hadapi ujian akhir zaman…Allah uji sbb Allah syg@USTAZAH ASMA HARUN.

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Kita semua patut syukur masih ada ustaz & ustazah yang tegur kita dari terus lalai dengan dunia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan sedih melihat dugaan yang menimpa Ustazah Asma.

Bukan itu sahaja, ramai juga tampil beri kata-kata semangat untuk wanita itu terus kuat menghadapi cabaran tersebut.

Kantoi warga Singapura dan Malaysia saling bertukar pam minyak hijau dan kuning