[Video] Baby hanya berhenti menangis bila dengar vacuum cleaner

[Video] Baby hanya berhenti menangis bila dengar vacuum cleaner

[Video] Baby hanya berhenti menangis bila dengar vacuum cleaner . KELAHIRAN cahaya mata tentunya menggembirakan bagi pasangan suami isteri dan sudah pasti setiap bayi yang lahir ada ragam tersendiri perlu dihadapi ibu bapa termasuk ketika hendak tidur.

Biasanya, ‘ si manja’ sukar hendak lelapkan mata jika persekitaran terlalu bising atau mudah terjaga, namun berlainan gelagat seorang bayi dikongsikan pengguna TikTok @yattazizan.

Anaknya tidak akan tidur jika keadaan senyap tetapi akan terus lena jika terdengar bunyi ‘vacuum’ atau pembersih hampagas!
“Tidur kena dengar bunyi ‘vacuum’, Mama dah try buka YouTube white noise baby tapi still tak menjadi. Baby nak dengar bunyi real,” tulisnya pada video berdurasi 01.21 saat yang menarik perhatian netizen.

@yattazizan135 Tidur kena dengar bunyi vacuum🤦🏻‍♀️ Mama dah try buka youtube white noise baby tapi still tak menjadi. Baby nak dengar bunyi real 🤣🤣 Adehh😅 #baby #babylove #funnybaby #fypbaby #cleverbaby ♬ Funny Song – Cavendish Music

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bukan sekadar tercuit hati dengan gelagat bayi berkenaan tetapi juga turut berkongsikan perihal ragam si comel masing-masing.

Ada juga yang memaklumkan ragam bayi berkenaan adalah bunyi ‘white noise’ atau hingar putih iaitu bunyi didengar sejak dalam perut.

Melalui perkongsian dalam Facebook Hello Doktor, si manja sebenarnya tidak memerlukan bilik yang sunyi untuk tidur kerana hakikatnya, bunyi bising berterusan cukup menenangkan bayi dan penggunaan ‘white noise’ sangat berkesan serta mudah bagi menidurkan bayi.

Secara faktanya, keadaan di dalam rahim sebenarnya sangat bising untuk bayi kerana ketika sistem pendengaran bayi berkembang (biasanya bermula sekitar 22-24 minggu), bayi hadapi banyak bunyi di dalam badan ini termasuklah degupan jantung, aliran darah, proses pernafasan serta bunyi dari sistem pencernaan ibu.

[Video] Kapal terbang perang dunia-II berlanggar sesama sendiri masa pertunjukan

Anaknda Sultan Johor kemalangan pada kelajuan 200km/h

Gaji basic cleaner di Singapura cecah RM10K sebulan tak termasuk elaun lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *