Video dalam ‘locker room’ sebelum main lawan Bangladesh tersebar, meremang tengok

Video dalam ‘locker room’ sebelum main lawan Bangladesh tersebar, meremang tengok.

Walaupun dua hari telah berlalu, bahang kehangatan kemenangan skuad Harimau Malaya pada Selasa lalu masih lagi dirasai. Manakan tidak, akhirnya negara kita layak untuk ke Piala Asia 2023 selepas ‘kempunan’ selama 43 tahun.

Dalam kempen kali ini, aksi dan semangat juang yang ditonjolkan oleh setiap pemain serta kerja keras yang dilakukan oleh barisan kejurulatihan sememangnya wajar dipuji.

Pada perlawanan menentang Bangladesh itu, banyak momen-momen bermakna yang dirakam terutama apabila tamat perlawanan, yang menandakan bahawa Malaysia sudah layak.

Ditambah lagi dengan sokongan padu dari ‘pemain ke-12’, ia juga boleh dikatakan sebagai satu detik yang bersejarah dan sangat mengharukan.

Bagaimanapun, di sebalik suasana yang disaksikan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam itu, pasti ramai juga yang ingin mengetahui ‘cerita’ di bilik persalinan pasukan Harimau Malaya.

Seperti mana-mana perlawanan dalam apa jua jenis sukan sekali pun, setiap pasukan atau pemain akan melontarkan kata-kata semangat sebelum beraksi menentang pihak lawan.

Sama juga bagi skuad bola sepak negara yang dipimpin oleh Kim Pan Gon itu. Dalam satu video yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka tampil lebih bersemangat untuk menentang pihak lawan setelah melakukan ‘ritual’ tersebut.

Menerusi video itu, ungkapan kata-kata semangat telah diucapkan oleh kapten-kapten skuad Harimau Malaya iaitu Dion Cools, Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Syafiq Ahmad.

“Selama mana kita berkorban selama ini, lunaskan malam ini, tunjukkan pengorbanan kita selama ini berbaloi.

“Bermain sebagai satu pasukan, kerjasama dalam pasukan, ikut corak permainan kita dan InshaAllah kita akan dapat keputusan baik malam ini,” kata Safiq Rahim.

Selepas itu ia disusuli oleh ‘chant’ yang diketuai Farizal Marlias, yang bergema di bilik persalinan tersebut.

Bagi yang ingin merasai laungan semangat tersebut, mari saksikan video FAM di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.