[Video] Kecoh !!! Penduduk panik tengok gumpalan awan jatuh ke tanah

Baru-baru ini, satu fenomena aneh yang berlaku di kawasan ladang kelapa sawit di Kampar, Riau, Indonesia telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.Penduduk Gempar, Fenomena Aneh Beberapa Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Di Ladang Sawit

Menerusi video tular berdurasi 50 saat, beberapa gumpalan putih dilihat ‘jatuh’ dan berselerakan di sekitar kawasan ladang berkenaan yang terletak di daerah Kabupaten Kampar, Riau.

Kejadian itu menjadi buah mulut dikalangan penduduk yang rata-ratanya mendakwa gumpalan putih itu adalah awan yang jatuh dari langit ke tanah.

Menurut Ketua Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edy Afrizal, sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kejadian aneh tersebut, mereka segera bergegas datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Kami sudah menghantar pasukan, dan tidak ada laporan ada awan jatuh, apatah lagi berlaku di wilayah Kampar” – ujarnya pada hari Jumaat, 22 Julai 2022.

Penduduk Gempar, Fenomena Aneh Beberapa Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Di Ladang Sawit

Menurutnya lagi, sejah video itu tular, sudah ramai orang yang bertanyakan hal mengenai kejadian tersebut, malah dia sendiri juga sudah datang untuk memeriksanya namun tiada perkara sedemikian (awan jatuh) berlaku.

Tambah Edy Afrizal lagi, dia juga turut bertanyakan kepada pihak Peramal Bertugas Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tetapi jawapannya tetap sama, tidak ada.Penduduk Gempar, Fenomena Aneh Beberapa Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Di Ladang Sawit

Forecaster on Duty Stasiun BMKG Pekanbaru, Yudhistira juga turut mengatakan hal yang sama. Jika dilihat dalam video, gumpalan putih itu kemungkinan besar adalah buih dan bukannya awan.

“Boleh jadi itu mungkin buih dari sisa kilang, bukan awan. Kalau dilihat secara visual, yang putih itu kelihatan seperti buih atau dacron, bukan awan, kerana awan merupakan wap air yang terapung di atmosfera. Jika ada di darat sekalipun, ia adalah dalam bentuk kabut atau yang sering kita sebut fog,” kata Yudhisthira.

Baca Juga :

[Video] Aksi kejar mengejar polis Langkawi dengan Honda Civic jadi kecoh

Influencer terkenal mati dibakar hidup-hidup masa tengah live Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published.