[Video] Lelaki ini tunjuk sebab sayur kangkung diharamkan Amerika, dianggap bahaya disini

Tahukah anda bahawa tumbuhan Kangkong yang biasa dijadikan sajian di Malaysia sebenarnya haram di Amerika Syarikat?

Pendedahan ini dibuat oleh salah seorang pencipta kandungan di TikTok dan berjaya menarik pelbagai reaksi daripada pengguna maya.

Melalui ciapan Mohamad Yusof bin Yahya di akaun Twitter miliknya, beliau memuat naik sebuah video daripada akaun TikTok dengan nama Agrotonomy yang menerangkan mengenai tumbuhan Kangkong yang ditanam olehnya.

Dalam penerangan Agrotonomy, beliau menceritakan bagaimana tanaman ini telah dijadikan sajian utama di Asia terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina. Tambah beliau lagi, walaupun tumbuhan ini popular di negara Asia, namun di Amerika Syarikat, tumbuhan ini diharamkan.

Memetik laporan AZCentral.com, tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bayam Air ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, menurut Jabatan Pertanian AS.

Namun disebabkankan sifat-sifat agresif tumbuhan yang tumbuh empat inci sehari ini, ia telah diharamkan di AS kerana didakwa mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain. Disebabkan itu, AS meletakkan Kangkong dalam senarai tumbuhan berbahaya.

Robert Smook, jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, mengesahkan bahawa pada zaman dahulu, pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan telah menjalankan pemeriksaan di mana-mana premis makanan yang menggunakan Kangkong. Pihak berkuasa akan merampas, menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan ini.

“Saya tidak tahu mengapa orang asal menanam tumbuhan itu pada mulanya,” kata Andrew Brischke, pakar pertanian dan sumber asli di Universiti Arizona.. “Ia boleh menjadi tumbuhan yang mengganggu. Walaupun [ditanam] belakang rumah, jika terlalu lama ia boleh mengambil alih seluruh laman anda dalam masa kurang daripada beberapa tahun. Tumbuhan ini sangat sukar untuk dibuang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.