[Video] Lelaki kaya saja menunjuk isi petrol RON97 sampai melimpah keluar kena kecam

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Azuan Johan memaparkan tindakan seorang lelaki di sebuah pam minyak telah menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang mengisi minyak pada kenderaan miliknya sehingga melimpah ke luar tangki walaupun sudah penuh.

Malah, tindakan lelaki itu turut menyebabkan berlaku tumpahan minyak berlebihan pada lantai pam minyak sehingga meter pam menunjukkan jumlah bayaran melebihi RM200.

Tindakan itu telah menimbulkan persoalan rata-rata netizen tentang motif lelaki tersebut yang seakan-akan sengaja menunjuk di saat ramai terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

@azuanjohann #jgnkecam #fyp ♬ original sound – Azuan Johann

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen turut mengecam tindakan lelaki itu.

Dari abang membazir minyak baik abang bagi duit dekat budak cashier yangg hari-hari ada short tu – netizen.
“Mancis ke lighter ke ada tak? boleh tengok fireshow,” tulis seorang warganet.

“Tq bang kerana menambahkan kerja staf petron,” tulis seorang pengguna TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published.