Video pegawai kerajaan buat-buat pengsan bila ditanya isu wang hilang jadi bahan ketawa

Video pegawai kerajaan buat-buat pengsan bila ditanya isu wang hilang jadi bahan ketawa.

Seorang pegawai kerajaan di Nigeria menjadi bahan ketawa di media sosial apabila dia berpura-pura pengsan semasa ditanya tentang isu dana yang hilang.

Video tersebut juga menjadi tular di mana ramai yang turut sama berdekah melihat lakonannya ini semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pegawai kerajaan Nigeria itu dilihat sedang berada di dalam sidang parlimen yang dianjurkan.

Daniel Pondei yang merupakan Pengarah Urusan Pembangunan Delta Niger (NDDC) mengalami kesukaran untuk menjawab soalan tentang dana yang hilang.

Daniel telah dituduh menyalahgunakan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk tugas pembangunan itu.

Lebih melucukan, pegawai kerajaan itu kemudian berpura-pura pengsan bagi mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh ahli parlimen yang lain.

Ahli jawatankuasa yang lain kemudian bergegas memberikan bantuan kecemasan kepada Daniel yang dilihat tidak sedarkan diri dengan matanya yang terbeliak itu.

Situasi itu turut menyebabkan sesi tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal daripada masa yang sepatutnya.

Difahamkan, pegawai kerajaan itu kemudiannya diusung oleh pihak polis selepas kejadian yang berlaku itu untuk tindakan lanjut.

Pada awalnya, ramai yang menyangka pegawai kerajaan itu betul-betul pengsan dan tertekan gara-gara diasak dengan soalan mengenai dana tersebut.

Di dalam sesi tersebut, Daniel dituduh menyalahgunakan dana sebanyak 152 juta Ksh yang diperuntukkan untuk pembangunan di negara itu.

Tindakan pegawai kerajaan itu yang berpura-pura pengsan turut menjadi viral dan menerima perhatian dari media di seluruh dunia.

BACA JUGA : Lelaki kelar isteri, bayi sebelum melarikan diri naik motorsikal dalam keadaan bogelKecoh prebet didakwa bawa masuk gadis seksi dalam kem Pengkalan ChepaKantoi ‘main’ dengan isteri orang, pemuda berbaju BN lari terjatuh dari tingkat empat selepas suami pulang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *