Wanita lintas jalan raya selamba “lari” selepas jadi punca kemalangan. Tular satu rakaman video di mana seorang wanita meninggalkan penunggang motosikal terjatuh selepas lelaki itu berselisih di hadapannya.
Pada awal video itu, kelihatan seorang wanita cuba melintas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Semasa melintas, dia meluru tanpa memerhatikan keadaan sekeliling dahulu sehingga menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan semasa betul-betul berselisih di hadapan wanita terbabit.
Plastik di tangan wanita itu jatuh ke atas jalan, begitu juga dengan penunggang motosikal yang terjatuh beberapa meter dari tempat wanita itu berdiri.
Mungkin disebabkan terkejut, selepas memandang mangsa yang terjatuh itu buat seketika, wanita terbabit segera meninggalkan tempat kejadian dengan melalui ‘ruang kecil’ di antara pembahagi jalan tanpa mengambil semula plastiknya yang terjatuh itu.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian memperlahankan kenderaan dan datang seorang lelaki untuk membantu mangsa. Daripada video itu, kelihatan mangsa masih boleh bangun tanpa perlu bantuan.
Orang bodoh memang berlambak kat atas jalan raya, jadi kita kena sentiasa bersedia. https://t.co/XcFQblGfvZ
— Francis Toyota Coppola (@Qawiem_Hamizan) June 30, 2022
Tindakan wanita itu yang menyeberang jalan raya secara berbahaya itu mengundang kecaman warganet kerana dia bukan sahaja telah menjadi punca kemalangan, pada masa sama langsung tidak berasa bertanggungjawab untuk membantu penunggang motosikal terbabit.
BACA:
Doktor saran guna 5 cara ini masak maggi untuk elak toksik
Wad kanak-kanak penuh, orang ramai jadi bimbang penyakit ini semakin merebak
Makcik selamba makan durian milik orang, ingatkan ‘tester’